Dah berehat n makan lunch di hotel, so kami pun trus menuju ke Mezquita Cathedral yg terletak tengah-tangah bangunan lama Cordoba ni. Memandangkan kami masih tak tahu nak makan makanan halal kt mana, senang2 bawak bekal dari rumah kami di Madrid. On the way nak ke sana yang makan masa hampir 15 minit berjalan kaki, kami lalu sebuah tempat yang dikenali sebagai 'Al-hammam' atau lebih dikenali sebagai steam bath.Senang citer cam bilik mandi la kan. Ni mmg pengaruh dari Arab ni. So, sesaper yang teringin nak belai badan yang letih berjalan kaki ke sana ke mari, its da perfect place for you guys!
Kedudukan Mezquita Cathedral ni memang betul2 berhadapan dengan deretan hotel mewah dan souvenir shops. Hotel ni wajib la mahal kan. Musafir macam kami setakat Hotel Lineros yang berharga 63euro semalam pun dah memadai..Yang penting, objektif kami ke sini dah tercapai-nak lihat sejarah Islam di Spain ni..
Ni main entrance nyer..
Ni kawasan taman nyer..adr banyak pokok2 dan fountains
Cathedral yang telah dibina dan 'berkongsi' bersama The Great Mezquita of Cordoba.
Fountain ni dibina hasil pengaruh Arab
Sedang membeli tiket masuk. Tak silap harganyer tak sampsi 10euro untuk dewasa..
Ha,sebelum kita berbicara lanjut pasal Mezquita Cathedral ni, kena tau jugak sejarah Islam di Spain ni..Saya pun tertanya-tanya kenapa la byk sangat travelling agencies buat tour ke Andalusia ni. Sampaikan M Nasir pun ader cipta lagu yg bertajuk 'Andalusia'..Mawi pun pernah buat dokumentari di Andalusia di Astro tak lama dulu..Emm,bila dah wat research dan baca byk blog di internet.barula saya faham n malah bersyukur dapat jugak menjejaki kaki di bumi Spain ni.
So,thousands of credits should be given to this hamba Allah yang byk bercerita tentang sejarah Islam di sini. Bole klik link ni untuk sama2 kita baca blognyer-bahasa yg indah dan puitis:
http://usrahwihdah.blogspot.com/2010/01/menjejaki-sejarah-islam-di-andalusia.html
http://usrahwihdah.blogspot.com/2010/01/menjejaki-sejarah-islam-di-andalusia.html
Dipendekkan cerita Andalusia merupakan pusat budaya yang maju dan mempunyai karya2 yang hebat. Orang muslim dan bukan muslim dari serata dunia datang ke Cordoba untuk belajar di perpustakaan dan universiti di Cordoba.
Cordoba juga mampu menandingi Baghdad dalam pelbagai sektor. Bandar Cordoba mempunyai lampu jalan,air paip, perpustakaan, hospital, taman, rumah yang besar, dan lain-lain. Orang Eropah di laur Andalus yang datang ke Cordoba terpegun dan seronok melihat bandar Cordoba. Pada masa itu negara-negara lain di Eropah tidak mempunyai pembangunan dan gelap gelita atau lebih dikenali sebagai Dark Age..
Pada zaman pemerintahan Islam, rakyat-rakyat yang berlainan agama dapat hidup bersama dengan aman damai. Kehidupan mereka jauh lebih baik berbanding sebelum pemerintahan Islam.
-
- mereka tidak dipaksa untuk hidup di kawasan tertentu atau diasingkan dari orang Islam
- mereka tidak dijadikan hamba untuk orang Islam mereka tidak dihalang dari mengikut kepercayaan mereka.
- mereka tidak dipaksa untuk memeluk agama Islam
- mereka boleh terlibat dalam pekerjaan yang sama dengan orang Islam seperti bekerja di bank dan urusan jual beli emas dan perak.
- mereka juga boleh bekerja di sektor-sektor awam
Ni la mihrab-mihrab yg menjadi mercu yanda Islam di Cordoba duluSetiap mihrab ni nampak cm sama kan tapi sebenarnya berbeza antara satu dgn lain
Mezquita ni la merupakan bukti kegemilangan pemerintahan Islam di Cordoba dalam bidang seni bina.
Mezquita ini dibeli dari gereja dan kerja-kerja pengubahsuaian bermula
pada tahun 784 M dan dari tahun ke tahun mezquita ni semakin membesar. Ia juga merupakan masjid terbesar di Eropah dan kedua terbesar di dunia Islam. Senibina Mezquita di bahagian gerbangnya telah diadaptasikan dalam gereja-gereja lain di negara-nagara lain.
Nak tau cmner Islam boleh jatuh merundum dan Mezquita ni bole 'share' plak ngn cathedral ni? (sebenarnya talah diambil alih sepenuhnya oleh Kristian)..Kejatuhan kekhalifahan Cordoba adalah disebabkan perang saudara antara 1009 hingga 1013 dan akhirnya hancur pada tahun 1031 M.
Sebelum kejatuhan Cordoba, kerajaan Andalus telah pun terpecah dalam negara-negara kecil (Taifah) yang berpusat di kota-kota tertentu, antaranya Toledo dan Granada. Taifah-taifah ini mula bersaing antara satu sama lain untuk menjadi lebih hebat. Namun beberapa dari taifah2 ini sangat lemah dan tidak dapat menghadapi serangan2 dan permintaan dari kerajaan Kristian dari utara dan barat.
Nak tau cmner Islam boleh jatuh merundum dan Mezquita ni bole 'share' plak ngn cathedral ni? (sebenarnya talah diambil alih sepenuhnya oleh Kristian)..Kejatuhan kekhalifahan Cordoba adalah disebabkan perang saudara antara 1009 hingga 1013 dan akhirnya hancur pada tahun 1031 M.
Sebelum kejatuhan Cordoba, kerajaan Andalus telah pun terpecah dalam negara-negara kecil (Taifah) yang berpusat di kota-kota tertentu, antaranya Toledo dan Granada. Taifah-taifah ini mula bersaing antara satu sama lain untuk menjadi lebih hebat. Namun beberapa dari taifah2 ini sangat lemah dan tidak dapat menghadapi serangan2 dan permintaan dari kerajaan Kristian dari utara dan barat.
No comments:
Post a Comment