Tuesday, September 10, 2013

Set bersalin tanamera

Ni nk criter sket psl set bersalin..plan nk cari set bersalin yg xder kndungn halia n kunyit sbb ank2 aku sblm ni prolong jaundice.google la then kuar set bersalin tanamera.diorg claim sesuai utk ibu menyusu yg ader bby kuning.so belila online..rm360 agk mhl klo bndingkn ngn set bsalin amway yg xsampai rm300 pun

Set brsalin tanamera ni ader minyk kelpa dara,scrub soap,teh herbal,pilis,tepel,feminine wash,lavender spray,herbal bath n bengkung.

Yg best psl set ni sbb ader virgin coconut oil.alhmdulillah byk mmbntu time kt labour room aritu.kena minum satu sudu bsr 3x sehari time nk dkt2 edd.37weeks mula mkn satu sudu. 2x teran jer,aisyah sufiyya dh kuar nk tgk donia ni..

Tp yg kureng sket adalah diorg claim kata sesuai tuk ibu mnyusu yg ader bby kuning.bila belek ingredients kt kotak herbal tea tu, mmg ader guna halia n kunyit.ramai x perasan cz ingredients tu sumer guna scientific terms.patut ler ku minum sepeket jer,mmg bau halia kuat smcm.

Tuk produk lain cm tipis,tepel tu cm besa jer.lps ni nk guna amway la cz murah n sachet nyer lagik byk compared to this tanamera.tp tuk ibu2 yg bbynyer xder problem jaundice ni,dipersilakn mmbeli set bersalin tanamera ni.tuk herbsl tea ni terpksa la ku minum slps 30 hari-tunggu kuning aisyah xder.berkorban la mama yet

posted from Bloggeroid

Bersalin di pearl maternity hospital-1.0

Niat di hati kali ini tuk bby ke3 ni,nk bersalin kt hispital private la.so,bila dh dpt tau yg aku preggy,simpn la duit rm300 sebulan.maklumla,aku n hubby kejer gomen jer,so xder la chance nk dpt free mdicl treatmnt in any privte hospitl kn.tu kira ok la cz by d end nk dkt edd tu,bole saving dlm rm2500++.misi utama nk cri female dr la kn.malu la nk g jmpa dr lelaki.

1st planning nk bsalin kt klink penawar muslimah,pmtg pauh ni jer.dekt 10 minit dr umh.tp kt ctu xde dr pakar.kang ader jdk prob ker,kener csear pun ngn dr laki.hrga pun rm5k++.silp2 kena tolak kes ke hosp seb jaya.kang naya namanyer..berdalin normal pun rm1800-rm2509..

Nasib baik la adik ipar ader survey hospiyl kt belah island.its pearl maternity hospital.owned by dr rusita.quite wll known gk dr tu.hrga pun murh la.klo 4 beded bru rm1660 tuk 3 dys 2 nite.kli nk single room plak rm2350.mmg murh la bnding ngn privte hospitl lain..so wat la appoitmnt kt cni jer la walopun risiko sket cz jauh kener naik jmbtn dri umh.tp tawskl jer la kn

posted from Bloggeroid

Hari ni aisyah dah umor 21 hari

Cam besa la waktu bpntang ni,kena la terperuk kt umh 24jam.menu 'buhsan' arini aku jyz msk ikn bakar (xder kunyit cz ank kuning) n sawi goreng.nk sedap sket,aku wst ler bergedel ayam.nk kasi tmbh selera la kn..kirac ok la tu.asyik2 ikan bakar letk garam jer kn.mintk2 aisyah dh ilsng kuning nyer jumaat ni.amin..

Monday, June 25, 2012

LONGCHAMP DE HA LONG TOTE BAG

LONGCHAMP
AUTHOR DE HA LONG COLLECTION


 it's fordable 

front view


LONG HANDLE LARGE SIZE
SIZE: 31cm x 30cm x 19cm
BEIGE COLOUR
ONLY RM600+ POS LAJU 
 p/s: paper card and care card will be given
INTERESTED?
CALL/ SMS: 0134544472







LONGCHAMP LE PLIAGE= RM420

LONGCHAMP
LE PLIAGE FORDABLE TOTE BAG



COLOUR: RED
FEATURES: SHORT HANDLE MEDIUM SIZE
PRICE: RM 390+ POS LAJU
INTERESTED?
CALL/SMS: 0134544472

Tuesday, May 15, 2012

TIPS TRAVEL KE SPAIN..

Rasanyer biar saya nak share sket info2 penting bila berada di Spain ni..mungkin dapat membantu bila nak travel sini nanti:
1. Untuk pengetahuan semua, Spain ni adalah friendly-gay country..Siap ader special jalan lagik untuk saki baki kaum Luth ni berkumpul. Well,it's a free country by the way..

2. Spain ni pun terkenal dengan rakyatnya yg rajin buat 'strike' jalanan especially pada public holiday.so,selalu sesak la kat jalan. train pun ramai yg serbu..kedai2 pun banyak yg tutup time ni..So, disarankan duduk jer di hotel/rumah

3. Bussiness hour kat sini pun pelik sikit. Start buka jam 9pg sampai 2ptg. tutup jap sampai jam 5ptg..then bukak balik smpai jm 9mlm. Satu2 nya negara kat dunia yg mempunyai bussiness hour yg sangat pelik. Kebanyakan kedai2,butik2 n hypermarket Carrefour akan tutup hari Ahad-maybe nk gi church kot kn

4. Belajar2 la bahasa Sepanyol..paling kurang pun basic.Contohnyer nak tanya jalan ker,nak order makanan ker,nak shopping ker- Memang kebanyakan rakyatnya x tahu berbahasa Inggeris..Daripada ckp omputeh, baik hentam cakap penang ngn depa-lagik manthob..!

5. Makanan halal memang susah sikit nak dapat dekat Madrid. Sebab kebanyakkan kedai kebab/tandoori yang diusahakan oleh orang Bangladesh/ India, diorang pun jual arak sekali..Kami prefer makan di kedai orang Arab Morroco dekat dengan Metro Sol..Musolla pun dekat2 dengan situ.tanya jer muslim kat area tu..So, saper yang bole berbahasa arab, ianya satu kelebihan la

6. Kalo yg bawak anak2 kecil, better guna baby carrier instead of baby stroller..Setengah2 tempat seperti di Palacio Nazari,Alhambra di Granada, baby stroller tak dibenarkan masuk. Di Medina Azzarah, Cordoba langsung tak sesuai sebab tempatnya berbukit2 dan bertangga.

7. Cuaca plak selalunyer Madrid yg terletak di tengah2 Spain tak berapa panas jika dibandingkan dengan Cordoba n Granada yg hampir dengan Laut Meditranean. So, pakaila baju yg sesuai n kasut yg selesa sebab memang kena banyak berjalan kaki.

8. Kalo travel sendiri tanpa join any tour agencies, 'google map' memang banyak membantu agar kita tak kelihatan seperti rusa masuk kampung la kan.

9. Kalo nak beli prepaid tuk handphone, dapatkan line 'lycra'-murah sket..nak wat panggilan ke malaysia pun 0.06 euro/minit..klo panggilan line yg sama, free jer..

10. Jangan risau pasal susah nak jln2 kt Madrid ni sebab kebanyakan tempat terletak berdekatan dengan Metro subway. So,bayar 1.50 euro sekali jer utk sorang, pusing jer mana2 pun xpa..ni dier map train ni
http://www.metromadrid.es/en/viaja_en_metro/red_de_metro/planos/index.html

11. Ladies out there..sesaper yg gila shopping designers handbag, jgn lupa singgah ke jalan 'Calle Serrano'. naik jer metro sampai ke stesen Serrano..mcm2 butik ada-prada,ysl,louis vuitton,longchamp,gucci,jimmy choo etc.bestnyer, kita bole claim VAT (tax refund) sebanyak 10%  kalo barang kita berharga 90euro ke atas di airport bila balik Malaysia nnti. Tapi, tak sumer kedai yg ader VAT ni..so,before shopping tu,tanya la kedai tu dulu yerk

12. Shopping di Cordoba yang best barang handmade silver. Brecelet dalam 40euro..(pure silver).kalo campuran metal,leh dapat 8/9 euro..Leather beg pun ader kat cni tapi kalo di Granada,lebih murah. Di sini pulak ada banyak barang Morrocco dan India.

13. Macam besa kalo nak travel,memang perlu ada credit card-senang nak booking hotel, flight ticket n online ticket nk ke tmpt2 menarik. so,atm card n credit card ni jgn lupa plak activate to international used

14. Soket plug pun jgn lupa bawak tuk europe punya la..senangkan nak charge handphone,ipad,camera n other gadgets..

15. Kalo plan nak melawat tempat2 yg femes seperti Alhambra di Granada tu, better booking awal yer..takut sold out.yer la, almost 10,000 visitors ke alhambra tu tau tiap hari. then, pastikan kita berada 30 minit sebelum waktu masuk yang ditulis pada tiket tu..tmpat nyer sangat luas dan masa sangat terhad..jumlah pengunjung pun dlm bilangn tertentu saja.saya siap berlari2 dukung anak nak maduk ke istana alhambra.semput2..

Mezquita Cathedral Coroba- Masjid Cordoba

Dah berehat n makan lunch di hotel, so kami pun trus menuju ke Mezquita Cathedral yg terletak tengah-tangah bangunan lama Cordoba ni. Memandangkan kami masih tak tahu nak makan makanan halal kt mana, senang2 bawak bekal dari rumah kami di Madrid. On the way nak ke sana yang makan masa hampir 15 minit berjalan kaki, kami lalu sebuah tempat yang dikenali sebagai 'Al-hammam' atau lebih dikenali sebagai steam bath.Senang citer cam bilik mandi la kan. Ni mmg pengaruh dari Arab ni. So, sesaper yang teringin nak belai badan yang letih berjalan kaki ke sana ke mari, its da perfect place for you guys!

Tengah dok asyik tengok view kat sini, tiba-tiba saya terpaku tengok sebuah bangunan lama yang sangat besar! Aik, apa plak ni?Hubby jawab, ni la Mezquita Cathedral..Dia dah arif dah sebab ni la tempat yang dia nak melawat sangat2.Dah byak dah research yang dia buat di google sebelum datang ke sini..Kalo tak, blur la jugak kan. Sayang kalau just tgk jer bekas masjid ni tanpa sebarang info.

  
Kedudukan Mezquita Cathedral ni memang betul2 berhadapan dengan deretan hotel mewah dan souvenir shops. Hotel ni wajib la mahal kan. Musafir macam kami setakat Hotel Lineros yang berharga 63euro semalam pun dah memadai..Yang penting, objektif kami ke sini dah tercapai-nak lihat sejarah Islam di Spain ni..
 Ni main entrance nyer..

 Ni kawasan taman nyer..adr banyak pokok2 dan fountains


 Cathedral yang telah dibina dan 'berkongsi' bersama The Great Mezquita of Cordoba.

  Fountain ni dibina hasil pengaruh Arab



Sedang membeli tiket masuk. Tak silap harganyer tak sampsi 10euro untuk dewasa..

Ha,sebelum kita berbicara lanjut pasal Mezquita Cathedral ni, kena tau jugak sejarah Islam di Spain ni..Saya pun tertanya-tanya kenapa la byk sangat travelling agencies buat tour ke Andalusia ni. Sampaikan M Nasir pun ader cipta lagu yg bertajuk 'Andalusia'..Mawi pun pernah buat dokumentari di Andalusia di Astro tak lama dulu..Emm,bila dah wat research dan baca byk blog di internet.barula saya faham n malah bersyukur dapat jugak menjejaki kaki di bumi Spain ni. 

So,thousands of credits should be given to this hamba Allah yang byk bercerita tentang sejarah Islam di sini. Bole klik link ni untuk sama2 kita baca blognyer-bahasa yg indah dan puitis:
http://usrahwihdah.blogspot.com/2010/01/menjejaki-sejarah-islam-di-andalusia.html

Dipendekkan cerita Andalusia merupakan pusat budaya yang maju dan mempunyai karya2 yang hebat. Orang muslim dan bukan muslim dari serata dunia datang ke Cordoba untuk belajar di perpustakaan dan universiti di Cordoba.

Cordoba juga mampu menandingi Baghdad dalam pelbagai sektor. Bandar Cordoba mempunyai lampu jalan,air paip, perpustakaan, hospital, taman, rumah yang besar, dan lain-lain. Orang Eropah di laur Andalus yang datang ke Cordoba terpegun dan seronok melihat bandar Cordoba. Pada masa itu negara-negara lain di Eropah tidak mempunyai pembangunan dan gelap gelita atau lebih dikenali sebagai Dark Age..

Pada zaman pemerintahan Islam, rakyat-rakyat yang berlainan agama dapat hidup bersama dengan aman damai. Kehidupan mereka jauh lebih baik berbanding sebelum pemerintahan Islam.
    • mereka tidak dipaksa untuk hidup di kawasan tertentu atau diasingkan dari orang Islam 
    • mereka tidak dijadikan hamba untuk orang Islam mereka tidak dihalang dari mengikut kepercayaan mereka. 
    • mereka tidak dipaksa untuk memeluk agama Islam 
    • mereka boleh terlibat dalam pekerjaan yang sama dengan orang Islam seperti bekerja di bank dan urusan jual beli emas dan perak. 
    • mereka juga boleh bekerja di sektor-sektor awam

       Ni la mihrab-mihrab yg menjadi mercu yanda Islam di Cordoba dulu

       Setiap mihrab ni nampak cm sama kan tapi sebenarnya berbeza antara satu dgn lain



        
Mezquita ni la merupakan bukti kegemilangan pemerintahan Islam di Cordoba dalam bidang seni bina. Mezquita ini dibeli dari gereja dan kerja-kerja pengubahsuaian bermula pada tahun 784 M dan dari tahun ke tahun mezquita ni semakin membesar. Ia juga merupakan masjid terbesar di Eropah dan kedua terbesar di dunia Islam. Senibina Mezquita di bahagian gerbangnya telah diadaptasikan dalam gereja-gereja lain di negara-nagara lain.

Nak tau cmner Islam boleh jatuh merundum dan Mezquita ni bole 'share' plak ngn cathedral ni? (sebenarnya talah diambil alih sepenuhnya oleh Kristian)..Kejatuhan kekhalifahan Cordoba adalah disebabkan perang saudara antara 1009 hingga 1013 dan akhirnya hancur pada tahun 1031 M.
 
Sebelum kejatuhan Cordoba, kerajaan Andalus telah pun terpecah dalam negara-negara kecil (Taifah) yang berpusat di kota-kota tertentu, antaranya Toledo dan Granada. Taifah-taifah ini mula bersaing antara satu sama lain untuk menjadi lebih hebat. Namun beberapa dari taifah2 ini sangat lemah dan tidak dapat menghadapi serangan2 dan permintaan dari kerajaan Kristian dari utara dan barat.