Monday, June 25, 2012

LONGCHAMP DE HA LONG TOTE BAG

LONGCHAMP
AUTHOR DE HA LONG COLLECTION


 it's fordable 

front view


LONG HANDLE LARGE SIZE
SIZE: 31cm x 30cm x 19cm
BEIGE COLOUR
ONLY RM600+ POS LAJU 
 p/s: paper card and care card will be given
INTERESTED?
CALL/ SMS: 0134544472







LONGCHAMP LE PLIAGE= RM420

LONGCHAMP
LE PLIAGE FORDABLE TOTE BAG



COLOUR: RED
FEATURES: SHORT HANDLE MEDIUM SIZE
PRICE: RM 390+ POS LAJU
INTERESTED?
CALL/SMS: 0134544472

Tuesday, May 15, 2012

TIPS TRAVEL KE SPAIN..

Rasanyer biar saya nak share sket info2 penting bila berada di Spain ni..mungkin dapat membantu bila nak travel sini nanti:
1. Untuk pengetahuan semua, Spain ni adalah friendly-gay country..Siap ader special jalan lagik untuk saki baki kaum Luth ni berkumpul. Well,it's a free country by the way..

2. Spain ni pun terkenal dengan rakyatnya yg rajin buat 'strike' jalanan especially pada public holiday.so,selalu sesak la kat jalan. train pun ramai yg serbu..kedai2 pun banyak yg tutup time ni..So, disarankan duduk jer di hotel/rumah

3. Bussiness hour kat sini pun pelik sikit. Start buka jam 9pg sampai 2ptg. tutup jap sampai jam 5ptg..then bukak balik smpai jm 9mlm. Satu2 nya negara kat dunia yg mempunyai bussiness hour yg sangat pelik. Kebanyakan kedai2,butik2 n hypermarket Carrefour akan tutup hari Ahad-maybe nk gi church kot kn

4. Belajar2 la bahasa Sepanyol..paling kurang pun basic.Contohnyer nak tanya jalan ker,nak order makanan ker,nak shopping ker- Memang kebanyakan rakyatnya x tahu berbahasa Inggeris..Daripada ckp omputeh, baik hentam cakap penang ngn depa-lagik manthob..!

5. Makanan halal memang susah sikit nak dapat dekat Madrid. Sebab kebanyakkan kedai kebab/tandoori yang diusahakan oleh orang Bangladesh/ India, diorang pun jual arak sekali..Kami prefer makan di kedai orang Arab Morroco dekat dengan Metro Sol..Musolla pun dekat2 dengan situ.tanya jer muslim kat area tu..So, saper yang bole berbahasa arab, ianya satu kelebihan la

6. Kalo yg bawak anak2 kecil, better guna baby carrier instead of baby stroller..Setengah2 tempat seperti di Palacio Nazari,Alhambra di Granada, baby stroller tak dibenarkan masuk. Di Medina Azzarah, Cordoba langsung tak sesuai sebab tempatnya berbukit2 dan bertangga.

7. Cuaca plak selalunyer Madrid yg terletak di tengah2 Spain tak berapa panas jika dibandingkan dengan Cordoba n Granada yg hampir dengan Laut Meditranean. So, pakaila baju yg sesuai n kasut yg selesa sebab memang kena banyak berjalan kaki.

8. Kalo travel sendiri tanpa join any tour agencies, 'google map' memang banyak membantu agar kita tak kelihatan seperti rusa masuk kampung la kan.

9. Kalo nak beli prepaid tuk handphone, dapatkan line 'lycra'-murah sket..nak wat panggilan ke malaysia pun 0.06 euro/minit..klo panggilan line yg sama, free jer..

10. Jangan risau pasal susah nak jln2 kt Madrid ni sebab kebanyakan tempat terletak berdekatan dengan Metro subway. So,bayar 1.50 euro sekali jer utk sorang, pusing jer mana2 pun xpa..ni dier map train ni
http://www.metromadrid.es/en/viaja_en_metro/red_de_metro/planos/index.html

11. Ladies out there..sesaper yg gila shopping designers handbag, jgn lupa singgah ke jalan 'Calle Serrano'. naik jer metro sampai ke stesen Serrano..mcm2 butik ada-prada,ysl,louis vuitton,longchamp,gucci,jimmy choo etc.bestnyer, kita bole claim VAT (tax refund) sebanyak 10%  kalo barang kita berharga 90euro ke atas di airport bila balik Malaysia nnti. Tapi, tak sumer kedai yg ader VAT ni..so,before shopping tu,tanya la kedai tu dulu yerk

12. Shopping di Cordoba yang best barang handmade silver. Brecelet dalam 40euro..(pure silver).kalo campuran metal,leh dapat 8/9 euro..Leather beg pun ader kat cni tapi kalo di Granada,lebih murah. Di sini pulak ada banyak barang Morrocco dan India.

13. Macam besa kalo nak travel,memang perlu ada credit card-senang nak booking hotel, flight ticket n online ticket nk ke tmpt2 menarik. so,atm card n credit card ni jgn lupa plak activate to international used

14. Soket plug pun jgn lupa bawak tuk europe punya la..senangkan nak charge handphone,ipad,camera n other gadgets..

15. Kalo plan nak melawat tempat2 yg femes seperti Alhambra di Granada tu, better booking awal yer..takut sold out.yer la, almost 10,000 visitors ke alhambra tu tau tiap hari. then, pastikan kita berada 30 minit sebelum waktu masuk yang ditulis pada tiket tu..tmpat nyer sangat luas dan masa sangat terhad..jumlah pengunjung pun dlm bilangn tertentu saja.saya siap berlari2 dukung anak nak maduk ke istana alhambra.semput2..

Mezquita Cathedral Coroba- Masjid Cordoba

Dah berehat n makan lunch di hotel, so kami pun trus menuju ke Mezquita Cathedral yg terletak tengah-tangah bangunan lama Cordoba ni. Memandangkan kami masih tak tahu nak makan makanan halal kt mana, senang2 bawak bekal dari rumah kami di Madrid. On the way nak ke sana yang makan masa hampir 15 minit berjalan kaki, kami lalu sebuah tempat yang dikenali sebagai 'Al-hammam' atau lebih dikenali sebagai steam bath.Senang citer cam bilik mandi la kan. Ni mmg pengaruh dari Arab ni. So, sesaper yang teringin nak belai badan yang letih berjalan kaki ke sana ke mari, its da perfect place for you guys!

Tengah dok asyik tengok view kat sini, tiba-tiba saya terpaku tengok sebuah bangunan lama yang sangat besar! Aik, apa plak ni?Hubby jawab, ni la Mezquita Cathedral..Dia dah arif dah sebab ni la tempat yang dia nak melawat sangat2.Dah byak dah research yang dia buat di google sebelum datang ke sini..Kalo tak, blur la jugak kan. Sayang kalau just tgk jer bekas masjid ni tanpa sebarang info.

  
Kedudukan Mezquita Cathedral ni memang betul2 berhadapan dengan deretan hotel mewah dan souvenir shops. Hotel ni wajib la mahal kan. Musafir macam kami setakat Hotel Lineros yang berharga 63euro semalam pun dah memadai..Yang penting, objektif kami ke sini dah tercapai-nak lihat sejarah Islam di Spain ni..
 Ni main entrance nyer..

 Ni kawasan taman nyer..adr banyak pokok2 dan fountains


 Cathedral yang telah dibina dan 'berkongsi' bersama The Great Mezquita of Cordoba.

  Fountain ni dibina hasil pengaruh Arab



Sedang membeli tiket masuk. Tak silap harganyer tak sampsi 10euro untuk dewasa..

Ha,sebelum kita berbicara lanjut pasal Mezquita Cathedral ni, kena tau jugak sejarah Islam di Spain ni..Saya pun tertanya-tanya kenapa la byk sangat travelling agencies buat tour ke Andalusia ni. Sampaikan M Nasir pun ader cipta lagu yg bertajuk 'Andalusia'..Mawi pun pernah buat dokumentari di Andalusia di Astro tak lama dulu..Emm,bila dah wat research dan baca byk blog di internet.barula saya faham n malah bersyukur dapat jugak menjejaki kaki di bumi Spain ni. 

So,thousands of credits should be given to this hamba Allah yang byk bercerita tentang sejarah Islam di sini. Bole klik link ni untuk sama2 kita baca blognyer-bahasa yg indah dan puitis:
http://usrahwihdah.blogspot.com/2010/01/menjejaki-sejarah-islam-di-andalusia.html

Dipendekkan cerita Andalusia merupakan pusat budaya yang maju dan mempunyai karya2 yang hebat. Orang muslim dan bukan muslim dari serata dunia datang ke Cordoba untuk belajar di perpustakaan dan universiti di Cordoba.

Cordoba juga mampu menandingi Baghdad dalam pelbagai sektor. Bandar Cordoba mempunyai lampu jalan,air paip, perpustakaan, hospital, taman, rumah yang besar, dan lain-lain. Orang Eropah di laur Andalus yang datang ke Cordoba terpegun dan seronok melihat bandar Cordoba. Pada masa itu negara-negara lain di Eropah tidak mempunyai pembangunan dan gelap gelita atau lebih dikenali sebagai Dark Age..

Pada zaman pemerintahan Islam, rakyat-rakyat yang berlainan agama dapat hidup bersama dengan aman damai. Kehidupan mereka jauh lebih baik berbanding sebelum pemerintahan Islam.
    • mereka tidak dipaksa untuk hidup di kawasan tertentu atau diasingkan dari orang Islam 
    • mereka tidak dijadikan hamba untuk orang Islam mereka tidak dihalang dari mengikut kepercayaan mereka. 
    • mereka tidak dipaksa untuk memeluk agama Islam 
    • mereka boleh terlibat dalam pekerjaan yang sama dengan orang Islam seperti bekerja di bank dan urusan jual beli emas dan perak. 
    • mereka juga boleh bekerja di sektor-sektor awam

       Ni la mihrab-mihrab yg menjadi mercu yanda Islam di Cordoba dulu

       Setiap mihrab ni nampak cm sama kan tapi sebenarnya berbeza antara satu dgn lain



        
Mezquita ni la merupakan bukti kegemilangan pemerintahan Islam di Cordoba dalam bidang seni bina. Mezquita ini dibeli dari gereja dan kerja-kerja pengubahsuaian bermula pada tahun 784 M dan dari tahun ke tahun mezquita ni semakin membesar. Ia juga merupakan masjid terbesar di Eropah dan kedua terbesar di dunia Islam. Senibina Mezquita di bahagian gerbangnya telah diadaptasikan dalam gereja-gereja lain di negara-nagara lain.

Nak tau cmner Islam boleh jatuh merundum dan Mezquita ni bole 'share' plak ngn cathedral ni? (sebenarnya talah diambil alih sepenuhnya oleh Kristian)..Kejatuhan kekhalifahan Cordoba adalah disebabkan perang saudara antara 1009 hingga 1013 dan akhirnya hancur pada tahun 1031 M.
 
Sebelum kejatuhan Cordoba, kerajaan Andalus telah pun terpecah dalam negara-negara kecil (Taifah) yang berpusat di kota-kota tertentu, antaranya Toledo dan Granada. Taifah-taifah ini mula bersaing antara satu sama lain untuk menjadi lebih hebat. Namun beberapa dari taifah2 ini sangat lemah dan tidak dapat menghadapi serangan2 dan permintaan dari kerajaan Kristian dari utara dan barat.


Saturday, May 12, 2012

Jalan-Jalan di Cordoba-8 may 2012

Salam sumer..hari ini baru sempat nak blogging.penat sgt2 lepas 3 hari 2 mlm bermusafir di cordoba dan granada.

Sebenarnya saya tak tau yang CORDOBA merupakan sebuah negeri di Spain yg pernah menjadi tempat kegemilagan era pemerintahan Islam pada kurun ke 10.So,thanks to the drama series `Suria di Cordoba' yg dilakonkn oleh seorg pelakon yg famous ngn 'Kisah Kaisara'(terlupa plak namanyer).Cerita tu famous gak di Astro tapi sekali lagik saya x dpt ikuti..Apa yg menarik di Cordoba? Objektif utma kami di sini adalah untk melihat sejarah kegemilangan Islam di sini.So,kami fokuskn pada tmpt2 seperti Mezquita Cathedral dan Medina Azzarah..yg lain plak cam Roman Bridge, Gereja2 dan lain2.

Well,memandangkan kami takder kereta, so the best way to go to Cordoba is by fast train. kat sini mmg orang guna train nak gi mana2.kami guna fast train `renfe'.sng2 beli jer online kat www.renfe.com.harga tuk dewasa (adulto) ialah 32.50euro n kanak2 plak tak pasti.Sebab ank2 saya umurnyer 3 tahun n 1 tahun mmg free la. Harga tiket plak bergantung pada masa.Ada yang murah n ader harga yg double up!



Better beli kat kaunter RENFE CENTRAL kat Atocha awal sebelum hari nak travel. Kalo beli online, credit card amatlah diperlukan. So, jangan lupa aktifkan penggunaan credit card ke international used yer sebelum nak guna. In my case, saya call jer maybank customer service n suruh diorang activekn.

Renfe fast train ni byak jenis nyer plak. Ada jenis ALTARIA,AVE n sebagainye bergantung pada harga dan destinasi. Yang best nyer, nak naik train ni pun cam naik flight.kener check in awal dan luggage kener scan.Departure time mmg tepat.kalo trin bertolak lambat 30 minutes,kiter bole dpt refund 50%.klo lambt 1 jam,kiter leh dapat refund 100% harga tiket tu..mmg best kan.?that's why train ni jarang lambat.So,kitaorang naik train ni berhenti dlm beberapa tempt tapi kejap2 jer..

Kalau ader anak kecil ni,better bawak baby carrier.sng sket nak bergerak. Salah kami jugak tak bawak baby carrier.Ader kat rumah di Mesia sebagai hiasan sajer..huhu


Alhmdulillah..dah sampai Cordoba Train Estacion@ Stesen train tepat jam 10.30pg. then, trus kami ke `tourismo' kiosk @ tourism kiosk utk dptkn info pasal cordoba ni.Siap dapat free map lagik..So,kitaorg naik bas no3 ke tmpt hotel kami-Hostel Lineros..Ni tips lagik ni kalo nak travel di Spain ni-beljr2 la bahasa Spanish ni..paling tak pun yg basic2 la kn. Cthnyer nyer nk tanya jln kalo tersesat atau nk order makanan. Orang spain ni lebih suka kalau kita ckp bhsa diaorg walaupun berpeluh gak nak paham bahasa diaorg. Last2,kami hantam ckp bahasa melayu ngn diorg..siap longhat utagha lagik.huhu..ok jer..


Untuk pengetahuan sumer, transportation system kt Spain adalah salah satu yg terbaek di dunia.!Sebab rangkaian train yg luas, sistem tiket yg simple n murah, x pyh tunggu train lama2 n facilities yg sangat lengkap. Dalam bas contohnya,disediakan baby seat untuk budak2..Kalo untuk OKU dan ibu bapa yg bawak baby stroller, telah disediakan ruang yg luas di bhgn belakang bas untuk keselesaan penumpang.

Terpaksalah kami berjalan kaki selama 10 minit mencari hotel. Dengan cuaca yang panas terik dan karenah anak2 kecil ni memang bisa menduga iman kami. Walaupun Spain adalah sebuah negara Europe dan beriklim sejuk, tapi memandangkan Cordoba ni terletak di selatan dan hampir dengan Laut Meditranian, jadi bahang panas pasti terasa lah.

Ya, akhirnya jumpa jugak kami ngn Calle Lineros (Jalan Lineros) dimana hotel kami terletak.


Di main entrance hotel kami; Hostel Lineros yang terletak di tgh2 banguunan2 lama dan jalan kecil yang merupakan view biasa di bandar kecil Eropah.

Sementara menunggu bilik kami dikemas ( nasib baik check in jam 12tghr) , kami berehat kat lobby dulu. Wow, sentuhan Arabian Night gitu..




Kalimah Allah di rata-rata dinding bangunan ni walaupun saya percaya owner hotel ni beragama Kristian. Mungkin diorang pilih konsep Arabian Night sebagai konsep deko kot kan2. Okeylah, next blog saya akan ceritakan tempat2 menarik kat Cordoba yang sempat kami lawati.

Bilik kami malap jer lampunyer..





Monday, May 7, 2012

yo soy ana de casa-las margaritas,madrid

Salam sumer..tiba2 rasa nak tulis blog walaupun kesuntukan masa menguruskan kerja2 rumah dan menjaga anak-anak yg sedang ligat membesar.Memang kerja sebagai seorang suri rumah amatlah mencabar.Almaklum saja lah,1st time jadik suri rumah sepenuh masa di bumi Spain ni.Ni la rutin harianku:

 6.00pg: Bangun pagi & Solat Subuh
 6.15pg: Prepare breakfast
 7.00pg:Prepare lunch (sebab my Mr. Rite nak p ofis n kat cafe sana xder mknn halal)
 9.00pg:Mandikan anak2
 10.00p:Rehat jap-surf internet ker/take a nap
 11.00tg:Prepare lunch untuk my daughter yg x mo sgt2 mkn nasi (hari2 mkn mer/spageti)
 11.30tg:Tidurkan my second kid-Uwais
 12.00tg:Lunch ngn my daughter
 1.00tg:Rehat
 2.00pt:Kemas rumah (anak2 buat semak,basuh dirg punyer ehem2..,main2 ngn diorg)
 5.00pt:Prepare dinner (slalunyer panaskan lauk jer)
 5.30pt:Prepare teatime plak..(goreng cucuq kodok ker,cik mek molek ker,hotdog ker)
 6.00pt:Bawak ank2 jln2 main playground
 8.00pt:Rehat kat rumah (time Maghrib cni pukul 9mlm)
 9.30ml:Tidurkan anak dulu
 10.00m:Barulah mamanyer nak lelapkan mata..zzz..zzz

Kalau tidak di Malaysia,keluar rumah pukul 7pg dan balik dari sekolah pukul 3ptg.Masa tu la baru nak tengok anak2..Nasib baik la kerja cikgu..boleh balik rumah awal sket dan lebih masa bersama anak2 ni. Tapi,gaji cikgu ni ciput jer la.So,kalo saper2 nak jadik kaya,jgnla jadik cikgu..

Esok nak pi jln2 ke Cordoba & Granada..mintak2 la sempat nak blogging ni.